“CEMBURUNYA SANG SUAMI”

“CEMBURUNYA SANG SUAMI”

“Encik Amin, maaf. Saya tidak jadi nak ambil Hibah Encik”, kata seorang prospek.

“Sebab….”, dia menarik nafas panjang.

Saya hanya diam menanti respon beliau.

Dia menyambung,

“Sebab nanti apabila mati kelak, isteri saya akan dapat duit dan kawin lain”.

Oh, itu rupanya yang bermain di fikirannya.

“Encik…”, giliran saya pula untuk menarik nafas panjang.

“Encik benar.

Sama ada Encik ada hibah atau tidak, jika isteri Encik mahu berkahwin lain, dia akan kahwin lain jika dia mahu.

Lebih-lebih lagi jika dia perlukan sumber kewangan yang kukuh selepas kematian Encik untuk membesarkan anak-anak.

Mungkin dia mendapat seorang suami yang menyayanginya sebagaimana Encik menyayangi isteri Encik sekarang.

Tapi…..”,

Sekali lagi saya menarik nafas panjang, sebelum menyambung;

“Tapi percayalah, belum tentu suami baru isteri Encik kelak menyayangi anak-anak Encik sebagaimana Encik menyayangi mereka sekarang.

Namun, apabila Encik menyediakan plan hibah yang secukupnya untuk kegunaan isteri selepas Encik meninggal dunia kelak,

mungkin dia tidak perlu berfikir untuk mencari suami baru kerana kewangan yang Encik sediakan sudah cukup untuknya.

Tentu isteri dan anak-anak Encik akan mengenang Encik sebagai suami bertanggungjawab kerana menyediakan plan hibah sejak dari awal”.

.

Wang Pampasan HIbah tidak akan dapat menggantikan seorang suami, Namun ia cukup untuk membantu isteri dan anak-anak yang kehilangan seorang suami atau ayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *